PeribahasaMain badar, main gerundang.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMain air basah, main api letur, main pisau luka.TakrifTiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMain akal (= budi).TakrifMengenakan tipu daya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelonjak badar, melonjak gerundang.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.TakrifBerkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLawak-lawak main, bunga tahi.TakrifBergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbelok kucing main daun.TakrifKehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing main daun.TakrifKehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kuau mengigal (= menyesar).TakrifKehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata main-main |
|
Puisi |
---|
|
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.
Lihat selanjutnya... |
|