PeribahasaSeperti polong kena sembur.TakrifBerlari lekas-lekas kerana ketakutan. polong = hantu; sembur = jampi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau boros lekas kerugian.TakrifPendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersinggung lebih bak kena.TakrifLekas merasa hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga terbakar muka menyala.TakrifLekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangsa teling tipis.TakrifOrang yang lekas marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengajar anak harimau.TakrifMengajar anak yang lekas pandai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai kunyit dengan kapur.TakrifMudah dan lekas mesra.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula.TakrifLekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tuntung jarum dilaga.TakrifSesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.TakrifTerlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |