PeribahasaLayu bunga digenggam, layu rumput di halaman.TakrifAkan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga layu kembang semula.TakrifOrang tua yang bersolek seperti orang muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDianjak layu, dibubut (= dianggur) mati.TakrifKeputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam, dibubut = dicabut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPucuk layu disiram (= ditimpa) hujan.TakrifSetelah menderita barulah mendapat kesenangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.TakrifPerawan tua tidak dipinang orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSayang bunga layu di pohon.TakrifGadis yang tidak bersuami sampai tua.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegar dipakai layu dibuang.TakrifSelagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga yang layu balik kembang.TakrifOrang tua yang bersolek seperti orang muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga layu kembang semula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiasak (= pindah) layu, dicabut mati.TakrifKeputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [= dianggur] mati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah lalu kumpai layu.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |