Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langkah yang telah terlangkahkan.

Takrif

Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Panjang langkah, singkat permintaan.

Takrif

Telah sampai ajalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun.

Takrif

Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rentak sedegam, langkah sepijak.

Takrif

Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Takrif

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai gelombang dua belas.

Takrif

Kehebatan langkah seseorang pendekar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lenggang lenggok bagai cupak hanyut.

Takrif

Gaya langkah yang lemah-lembut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali.

Takrif

Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti lonjak alu penumbuk padi.

Takrif

Berjalan dengan langkah yang gagah kerana suka atau sombong.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,