PeribahasaLang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.TakrifPencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak lang, si pungguk menjadi lang.TakrifDi tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!TakrifOrang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelalang hendak menjadi elang.TakrifOrang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggilah pohon kenduduk di tengah padang.TakrifDalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepala-pala mandi, biarlah basah.TakrifBerbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lang |
|
Puisi |
---|
|
Lang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.
Lihat selanjutnya... |
|