PeribahasaLain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh.TakrifLain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang untut, lain yang mengisut.TakrifOrang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.TakrifJawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain biduk lain digalang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain dulang lain kaki, lain orang lain hati.TakrifMasing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain orang, lain pendapat.TakrifMasing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain biduk lain digalang.TakrifJawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat). galang = penyangga, landasan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi.TakrifYang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain padang lain belalang.TakrifAdat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain lubuk, lain ikannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain lubuk, lain ikannya.TakrifAdat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain padang lain belalang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain gatal lain digaruk.TakrifLain soal lain jawabnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Lain hulu lain pemarang, Buah bidara di atas bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|