PeribahasaPitis habis keinginan tiba.TakrifKeinginan datang bukan pada tempatnya. pitis = wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNafsu tidak bertepi.TakrifKeinginan hati manusia tidak ada batasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi tanggal, rawan murah.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut kosong, dibuat gulai.TakrifKeinginan timbul bila dalam kekurangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi telah gugur, tebu pun menjadi.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Gigi tanggal, rawan murah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air.TakrifKeinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBarang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai.TakrifKeinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata.TakrifKeadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.TakrifHasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ingin (kata kerja) | Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;, | | Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan, |
|
|