PeribahasaKaram Kampar oleh Kuantan.TakrifMendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Rosak anak oleh menantu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram berdua basah seorang.TakrifDua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram tidak berair.TakrifMendapat bencana dengan tidak bersebab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang karam di laut, aku karam di darat.TakrifMendapat kesusahan tidak pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah karam maka bertimba.TakrifSetelah mendapat celaka baru ingat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunyi Cina karam.TakrifRamai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai perahu karam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada biduk karam sebelah.TakrifApabila seseorang mendapat kecelakaan, tentu kaum keluarganya akan ikut menolong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah.TakrifKesedihan kerana kematian kekasih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.TakrifKalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.
Lihat selanjutnya... |
|