PeribahasaBetapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga.TakrifOrang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Lihat juga: Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). paku = pakis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan lurah (= rendah) juga diturut air.TakrifOrang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.TakrifOrang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.TakrifOrang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.TakrifOrang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga.TakrifTiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.TakrifKerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga.TakrifManusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang tali berhujung juga.TakrifBiar berapa lama juga hidup, akhirnya akan mati juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBetul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.TakrifOrang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga |
|
Puisi |
---|
|
Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.
Lihat selanjutnya... |
|