PeribahasaYang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkubu sebelum alah.TakrifBerjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedia payung (= berpayung) sebelum hujan.TakrifBerjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.TakrifSesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jaga (kata kerja) | Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;, | | Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga, |
|
Puisi |
---|
|
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu.
Lihat selanjutnya... |
|