PeribahasaKe gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari.TakrifBagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIndah khabar daripada rupa.TakrifPerkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.TakrifBiarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.TakrifIndah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai di kayangan.TakrifMerasa senang pada suatu tempat yang indah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menumbuk padi hampa.TakrifPerkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak sir berdegak, sir melayang.TakrifJika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
363 | Manners maketh man | Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. | Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi | Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. | Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
361 | Manners make the man | Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. | Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi | Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. | Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 361 Manners make the man Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|