PeribahasaAdat yang kawi, syarak yang lazim.TakrifAdat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHukum yang rata, adat yang datar.TakrifSesuatu yang sama baiknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.TakrifUndang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat memakai, syarak mengata.TakrifAdat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCupak berkeesaan.TakrifKeadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaZaman beralih, musim bertukar.TakrifSegala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang untut lain, yang mengensot lain.TakrifYang salah lain, yang kena hukum lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram berdua basah seorang.TakrifDua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlim biasa menghukum syarak.TakrifHanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.TakrifAdat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Timah peteri dengan besi, Dicantum dengan paku Belanda; Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.
Lihat selanjutnya... |
|