PeribahasaSalah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik.TakrifKalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLupa ketinggalan, terlelap kemalingan.TakrifKurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDigenggam tiada tiris.TakrifSangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang taksir hilang laba.TakrifKalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenating minyak penuh.TakrifDiperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Ditating bagai minyak penuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSilap mata, pecah kepala.TakrifKalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitating bagai minyak penuh.TakrifDiperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Menating minyak penuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRosak tapai kerana ragi.TakrifPekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembungkus tulang dengan daun talas.TakrifMenyembunyikan rahsia dengan kurang hati-hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis.TakrifSelalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|