PeribahasaGuna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.TakrifDigunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kena sentung pelali.TakrifGadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis manis sepah dibuang.TakrifDigunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya.TakrifApa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak tahu membalas guna.TakrifMelupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdakah duri dipertajam?TakrifOrang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.TakrifTiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenabur (= menanam) biji di atas batu.TakrifBerbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat memakai, syarak mengata.TakrifAdat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |