PeribahasaAir susu dibalas dengan air tuba.TakrifKebaikan dibalas dengan kejahatan. (Bandingkan dengan: Air tuba dibalas dengan air susu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir tuba dibalas dengan air susu.TakrifKejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.TakrifBerkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.TakrifUndang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertemu teras dengan beliung.TakrifBertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.TakrifMemuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertukar beruk dengan cigak, mengimbuh dengan kera.TakrifYang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.TakrifManusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.TakrifManusia harus diperlakukan dengan lemah lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal.TakrifMenasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |