PeribahasaBerkain tak cukup sebelit pinggang.TakrifKemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDialas bagai memengat.TakrifBerkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang sesayat (= seiris) sebelanga.TakrifHampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam baru belajar berkokok.TakrifBaru cukup umur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai berkain tiga hasta.TakrifSerba tak cukup (miskin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir lalu kubangan tohor.TakrifPenghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal berisi tembolok senang hati.TakrifSudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDinding teretas, tangga terpasang.TakrifKejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kapak naik cerana.TakrifTidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kapak naik pemidangan (= peminangan).TakrifTidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |