PeribahasaBulat bersegi, bersanding melukai.TakrifKelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masak di luar mentah di dalam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat bagai air dalam pembuluh.TakrifPersatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga.TakrifKata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.TakrifUntuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat segiling, pecak setapik.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBetung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang.TakrifAnak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu bulat tak bersanding.TakrifOrang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.TakrifOrang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |