PeribahasaPecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat segiling, pecak setapik.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.TakrifKebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing.TakrifPerjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBadan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.TakrifWalaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe tengah boleh, ke tepi pun boleh.TakrifOrang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.TakrifNasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSuku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih.TakrifKerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa.TakrifPengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh |
|
Puisi |
---|
|
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap.
Lihat selanjutnya... |
|