PeribahasaTitian biasa lapuk, janji biasa mungkir.TakrifJangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa.TakrifApabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMurai biasa berkicau.TakrifAhli dalam lapangannya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlim biasa menghukum syarak.TakrifHanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang.TakrifKejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah biasa makan kerak.TakrifSudah biasa mengalami kesukaran hidup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan.TakrifOrang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |