PeribahasaTerbulang ayam betina.TakrifOrang yang disangka berani (pandai dan sebagainya), rupa-rupanya tidak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana.TakrifLebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan.TakrifSuami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.TakrifKalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina.TakrifRezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerkilat ikan dalam air, (aku) sudah tahu jantan betina.TakrifSangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina |
|
Puisi |
---|
|
Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan.
Lihat selanjutnya... |
|