PeribahasaNegeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.TakrifOrang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai.TakrifKehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.TakrifAnak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil anak besar onak.TakrifAnak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia.TakrifHati manusia tak dapat diduga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMaksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.TakrifOrang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Kejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman.
Lihat selanjutnya... |
|