PeribahasaTambah air, tambah sagu.TakrifBertambah kerja bertambah pula upahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertambah semakin kurang.TakrifTentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.TakrifOrang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntut bertambah kulitnya.TakrifOrang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPisau tiada berbaja, makin dikilir bertambah tumpul.TakrifOrang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah panas berbaju pula.TakrifKesulitan yang bertambah-tambah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang rebah ditindih.TakrifYang sudah miskin bertambah miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiperluas parak, tidak disiangi.TakrifKalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi untut juga yang berkutil.TakrifOrang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusut juga ditimbun oleh anai-anai.TakrifOrang kaya juga yang bertambah kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam.
Lihat selanjutnya... |
|