PeribahasaTelur sesangkak, pecah satu pecah semua.TakrifBersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai minyak dengan air.TakrifTak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik.TakrifBersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.TakrifBersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinyak dengan air adakah (= bolehkah) bercampur?TakrifTak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai minyak dengan air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.TakrifBersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat lilit kerana simpulnya.TakrifKekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.TakrifKita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBenang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.TakrifKetangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.TakrifKekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| satu (kata nama) | Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;, | | Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan, |
|
Puisi |
---|
|
Bulan terang menikam pari, Asam belimbing mengasah kuku; Tengah malam kami ke mari, Bawa kawan nak bersatu.
Lihat selanjutnya... |
|