PeribahasaBerani menjual berani membeli, berani pegang berani tanggung.TakrifBarang siapa berani menganjurkan, harus berani mengerjakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBarang siapa berani mengamang, tak dapat tidak berani melawan juga.TakrifBerani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing galak, babi berani.TakrifBertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerani hilang tak hilang, berani mati tak mati.TakrifSiapa yang berani akhirnya akan menang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerani kerana benar, takut kerana salah.TakrifBertindak kerana berada di pihak yang benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu berani, mati takut.TakrifPengecut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTunggang hilang berani mati.TakrifTiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerani senduk pengedang, air hangat direnanginya.TakrifBerani dengan membuta tuli. senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani.TakrifSebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.TakrifHemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani |
|
Puisi |
---|
|
Hari Isnin kucing berlumba, Orang Tambirat berkayuh; Berani jamin berani bawa, Di dalam surat mengata sungguh.
Lihat selanjutnya... |
|