PeribahasaSudah kalah baru berkubu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kecurian baru mengunci pintu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup.TakrifBelum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru bertatih hendak berlari, tersembam.TakrifMembuat pekerjaan yang lebih daripada yang tersanggup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang.TakrifBelum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam baru belajar berkokok.TakrifBaru cukup umur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah lulus maka hendak melantai.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah merasa maka (= baru) santun.TakrifBaru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeperlus maka hendak menutup lubang.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah terantuk baru tengadah.TakrifBerturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |