PeribahasaPutih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.TakrifSesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan mengambang dikandung awan.TakrifLelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalam berselimut embun, siang bertudung awan.TakrifSangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bulan penuh mengambang di kaki awan.TakrifPerempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang berpanas, malam berembun.TakrifSangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan |
|
Puisi |
---|
|
Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.
Lihat selanjutnya... |
|