PeribahasaGajah empat kaki lagi tersaruk.TakrifOrang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung). tersaruk = tersandung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ambung tak masuk bilang.TakrifMasuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.TakrifOrang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.TakrifOrang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?TakrifKejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.TakrifUsaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.TakrifBelanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.TakrifOrang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.TakrifCakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|