Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat ini betul atau salah wanita itu sungguh cantik sekali. wanita itu sungguh cantik. Saya kerja sebagai penulis perlu maklumat ini. | Wanita itu sungguh cantik sekali. Wanita itu sungguh cantik. - kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama (kata penguat + kata adjektif + kata penguat) ayat kedua (kata penguat + kata adjektif) | Tatabahasa | 07.08.2007 |
apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden | Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut: i. Tentang perjuangan kaum wanita. ii. Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya. iii. Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita. iv. Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 12.03.2009 |
Apakah pandangan DBP tentang penggunaan perkataan cikgi untuk guru wanita dan saterawati untuk sasterawan wanita? | Sehingga kini istilah cikgu digunakan untuk guru lelaki dan wanita begitu juga dengan istilah sasterawan. Belum ada perbezaan kedua-dua istilah tersebut untuk merujuk kepada perbezaan jantina. | Makna | 19.09.2009 |
SAYA ADALAH SEORANG PENGUSAHA SALUN KECANTIKAN WANITA.. DBKL INGIN PASTIKAN PENGUNAAN PERKATAAN " SALUN KECANTIKAN WANITA " DI ATAS RUANGAN PAPAN IKLAN DI HADAPAN SALUN ADA LAH BETUL. DENGN INI , SAYA INGIN MENDAPAT SIJIL KEBENARAN DARI DBP UNTUK PENGUNAAN PERKATAAN TERSEBUT DI ATAS PAPAN IKLAN. | Frasa "Salun Kecantikan Wanita" adalah betul. Untuk tujuan pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya. | Lain-lain | 14.11.2011 |
Istilah mana yang betul dari segi tatabahasa? 1) Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan; ataupun 2) Pengerusi Kebangsaan Wanita MCA. Sekian, terima kasih. | Encik Yap, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Susunan ayat Bahasa Melayu mengikut Hukum DM (diterang dengan yang diterang) ialah Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan. | Istilah | 24.02.2009 |
Baharu-bahru ini kawan saya ada berbincang diruang facebook tentang gerabak kereata api KTM yang terpampar ayat "koc untuk wanita sahaja" . Apabila dia terjemah di google translate ianya terpampar "koc for women" Ada logiknya disitu, kenapa mengunakan ayat koc? apa salah mengunakan ayat yang tersedia ada seperti gerabak? dan kenapa "wanita" bukan mengunakan "Perempuan"? Sekian Terima Kasih Fain Wahab | Untuk makluman tuan, perkataan koc telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Perkataan wanita ialah bahasa halus bagi perempuan dan lazimnya dalam konteks rasmi/gelaran perkataan wanita yang digunakan seperti wanita pertama (first lady) dan wanita solehah. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
sapaan wanita dalam surat rasmi (sudah mengatahui jantina dan nama) | Puan | Istilah | 25.01.2011 |
Wanita itu merasa/berasa/rasa terhina. | Wanita itu rasa terhina. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
usahawan wanita atau usahawanita | usahawan wanita | Istilah | 01.08.2011 |
salam, saya nak tanye. Apa beza wanita, perempuan dan dara dari sudut istilah? | Wanita dan perempuan ialah individu yang boleh mengeluarkan ovum atau telur, manakala dara tidak pernah (masih belum) melakukan persetubuhan dengan lelaki, atau disebut juga perawan. | Tatabahasa | 19.04.2012 |