Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ciri-ciri budaya dalam pantun Melayu. Apakah pandangan masyrakat tentang pantun Melayu kini? Apakah langkah atau usaha-usaha yang dijalankan untuk mengekalkan dan memperkasakan pantun Melayu? | Antara usaha-usaha yang telah dijalan oleh DBP dalam memartabatkan pantun ialah mengadakan Pertandingan Berbalas Pantun Antara Kementerian pada setiap tahun. DBP juga telah menerbitkan banyak buku tentang pantun Melayu. Untuk menjawab persoalan saudara, sila rujuk buku "Pandangan Semesta Melayu: Pantun", terbitan DBP, 2006. | Lain-lain | 29.01.2008 |
USAHA-USAHA PEMBAKUAN BAHASA MELAYU | Konsep pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Usaha, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa baik ejaan, istilah, tatabahasa, sebutan juga laras bahasa. Untuk lebih mendalami lagi rujuk buku Awang Sariyan - Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, dan Warna & Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. | Lain-lain | 24.06.2010 |
usaha-usaha dbp dalam perancangan korpus bahasa | Saudara boleh membuat pembacaan, rujukan dan kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, merujuk buku Laporan Tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka atau menghubungi Bahagian Peristilahan, Perkamusan atau Penyelidikan. | Lain-lain | 26.07.2008 |
Apakah usaha-usaha dan kegiatan perancangan bahasa yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke arah memantapkan perkembangan Bahasa Melayu? | Untuk perhatian pihak saudara/saudari, KNDBP tidak menyediakan perkhidmatan menyelesaikan tugasan pelajar. Walau bagaimana pun KNDBP mencadangkan saudara/saudari membuat rujukan ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Tingkat 3, Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 13.04.2008 |
Saya ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha oleh pelbagai pihak yang bersusah payah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Dan Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh bahasa melayu di dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? | Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Jadi, setiap masyarakat perlulah mendokong bahasa rasmi ini dan digunakan secara meluas dalam sebarang urusan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, KeKKWa dan DBP telah menjalankan pelbagai program dan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Usaha ini masih diteruskan sehingga sekarang. | Lain-lain | 27.08.2007 |
Apakah tugas kerja pembinaan sastera? | Assalamualaikum, saudara, Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa. Pembinaan korpus sastera melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif, karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera. Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti meningkatkan keterampilan penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi peniktirafan dari luar negara. . Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi menghidupkan suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni dalam kalangan penulis dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera. sekian, terima kasih. | Sastera | 16.03.2011 |
Definisi modal insan dan definisi pembangunan modal insan | Modal insan dalam konteks organisasi merujuk kepada staf atau pekerja didalam organisasi.Pembangunan modal insan pula merujuk kepada usaha-usaha dan tindakan/aktiviti yang dilaksanakan oleh organisasi untuk membangunkan pekerja supaya terampil dari aspek pengetahuan,kemahiran dan pembentukan sikap dalam melaksanakan tugas. | Lain-lain | 13.02.2008 |
sebagai badan yang dipertanggungjawabkan dan bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, dewan bahasa dan pustaka membuat beberapa ketetapan linguistik tentang arah perkembangan bahasa melayu. apakah usaha-usaha dan kegiatan bahasa yang dapat dilakukan oleh dewan bahasa dan pustaka ke arah memantapkan perkembangan bahasa melayu? | Bersama-sama ini dilampirkan bahan rujukan tentang DBP yang dipetik daripada Katalog Awam dalam Talian Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jikalau sdr ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam atau membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka | Syed Nasir Ismail | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dalam perkembangan Bahasa Melayu di Sabah | Zaini Oje dan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka: ka-arah mengembangkan bahasa Melayusa-chara lebeh progresif Citra Dewan Bahasa dan Pustaka | Abdul Rahman Yaakub | DBP 2003 | Lain-lain | 24.03.2008 |
APAKAH MASA DEPAN PELAJAR SEPERTI SAYA YANG MENGAMBIL STPM UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU? | Sdr. boleh melanjutkan pelajaran sdr. ke peringkat paling tinggi dan seterusnya memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, fikiran dan kerjasama kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh mana-mana agensi atau badan awam mahupun swasta untuk terus memartabatkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. | Lain-lain | 19.04.2008 |
usaha yang dilakukan oleh dbp untuk memartabatkan bahasa melayu | Encik Muriadi, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu telah melaksanakan pelbagai usaha dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa usaha pemartabatan bahasa Melayu dilaksanakan melalui kegiatan dan program pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai kamus, contohnya kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan kamus dalam bahasa lain diusahakan. jutaan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta. kerja-kerja penyelidikan tentang korpus bahasa dan bidang linguistik lain terus dilaksanakan untuk mencari dan menentukan rumus-rumus bahasa bagi memantapkan lagi pedoman dan hukum tatabahasa yang sedia ada. Dari segi pengembangan pula, pelbagai kegiatan dan program dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam, swasta, pendidikan dan masyarakat umum. Kegiatan seperti pidato, debat, seminar, kursus bahasa, forum dan pelbagai majlis wacana ilmu dilaksanakan di pelbagai sektor pengguna bahasa. Dalam bidang sastera dan penerbitan pula, pelbagai kegiatan kesusasteraan dilaksanakan antaranya pementasan drama dan teater, sayembara baca puisi,Anugerah Sastera Perdana, majlis wacana ilmu yang membincangkan isu-isu kesusateraan dan sebagainya. Dalam aspek penerbitan pula, DBP terus mengorak langkah menerbitkan buku pelbagai bidang ilmu, majalah, jurnal, ensiklopedia | Lain-lain | 20.04.2010 |
|
|