Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apa makna umpama kendi dengan kurek? yang mana kendi,yang mana kurek? | Saudara, Untuk makluman, tiada ungkapan ini di dalam rekod kami. Walau bagaimanapun makna kendi ialah sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin), manakala makna kurik(bukan kurek) ialah bintik-bintik, rintik-rintik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.12.2009 |
apakah maksud umpama ulat dalam batu? | Peribahasa yang betul ialah Ulat dalam batu pun Hidup Juga, bermaksud orang yang rajin berusaha tidakakan mati kelaparan. | Makna | 23.06.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan umpama orang mengantuk disorongkan bantal? | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa umpama orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud memperoleh apa yang diingininya. Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi. | Lain-lain | 13.03.2007 |
Bolehkah penggunaan 'oleh' ditulis begini: Indahnya Dunia (umpama tajuk lukisan) Oleh xyz (pelukisnya). Perhatikan 'oleh' ditulis di awal ayat. | Dalam bentuk lisan memang sering kita menyebut seperti "Indahnya Dunia. Oleh xyz". Namun penggunaan yang tepat ialah "karya", seperti: Indahnya Dunia. Karya xyz. | Tatabahasa | 14.06.2011 |
bolehkah kita menggunakan perkataan contohnya diawal ayat untuk menyambung ayat sebelum ini atau contohnya itu perlu disambung. terima kasih | Contoh bermaksud model, manakala umpama bermaksud perbandingan atau ibarat. Perkataan contohnya merujuk model sesuatu benda (nya) yang telah dinyatakan sebelum ini dan perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Salam. Saya ingin tahu tentang penggunaan perkataan CONTOHNYA. Bolehkah CONTOHNYA digunakan di hadapan ayat? Terangkan cara penggunaan CONTOHNYA dalam ayat. Apakah perbezaan CONTOHNYA dengan UMPAMANYA? Terima kasih. | Contoh bermaksud model, manakala umpama bermaksud perbandingan atau ibarat. Perkataan contohnya merujuk model sesuatu benda (nya) yang telah dinyatakan sebelum ini dan perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=contoh&d=1.
| Tatabahasa | 13.07.2012 |
Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah Tuhan | Waalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my. Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2013 |
SALAM,SAYA INGIN BERTANAY KEPADA SAUDARA/SAUDARI..CONTOH-CONTOH KATA SENDI NAMA BAGAIMANA.. | Tidak ada kata sendi nama bagaimana dalam bahasa Melayu. Kata sendi nama yang lazimnya digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana , dengan, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga dan sampai, dalam dan antara. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
peribahasa ibarat burung, mata lepas badan terkurung. Tidakkah sebetunya begini; ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. dan kalau mahu melentur buluh, barlah dari rebungnya. terima kasih | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, ibarat burung: mata lepas badan terkurung bermaksud tidak ada kemerdekaan. Peribahasa umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung pula bermaksud anak gadis dalam pingitan. Peribahasa melentur biarlah waktu rebung bermaksud mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. | Lain-lain | 08.04.2012 |
apakah makna gaya bahasa perbandingan dan beri ulasan terperinci berserta contoh-contohnya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa dan antara jenis gaya bahasa temasuklah perbandingan atau metafora. Metafora ialah perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudara dalam hal ini. Terima kasih | Lain-lain | 14.07.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| umpama (kata tugas) | Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;, | | Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan, |
|
Puisi |
---|
|
Nanas paun tidak berduri, Manisnya mari umpama gula; Panas setahun hujan sehari, Perigi kering dalam semula.
Lihat selanjutnya... |
|