Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Soalan pertama: Inginkan kepastian, berdasarkan khidmat nasihat daripada laman web ini, ejaan yang betul bagi ulama adalah ulamak. Walau bagaimanapun, apabila saya mencari kedua-dua perkataan ulama dan ulamak di sini, perkataan yang lebih banyak muncul adalah ulama. Ia terdapat dalam Kamus Dewan Edisi 2, 3 dan 4. Manaka perkataan Ulamak hanya terdapat di satu tempat sahaja dalam Edisi Keempat. Soalan kedua: Adakah betul dalam penulisan, angka-angka daripada 1 hingga 9 perlu dieja dan angka 10 ke atas boleh ditulis dalam bentuk angkannya sahaja. Soalan ketiga: Adakah betul ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan 'yang' dan perkataan 'dan'. | 1. Ejaan yang betul ialah ulama. 2. Menurut Gaya Dewan, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya, begitu juga dengan nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. 3. Ayat boleh dimulakan dengan perkataan "yang", contohnya "Yang kena tangkap ialah penagih dadah". Kata "dan" merupakan kata hubung dan tidak digunakan pada awal ayat. | Ejaan | 26.01.2010 |
Apakah maksud : 1. Konservatif 2.Salafi. 3.Khalaf Boleh berikan contoh ayat untuk pemahaman | (i) Konservatif = bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yang telah menjadi tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Ayat : Usul supaya sistem pendidikan diubah telah ditentang oleh pihak konservatif. (ii) Salafi = ulama yang hidup pada masa tiga abad pertama Hijrah. Ayat : Ulama salafi ... (iii) Khalaf = ulama yang hidup selepas tiga abad pertama Hijrah. | Makna | 14.10.2006 |
Siapakah Raja Ali Haji dan Sumbangannya dalam bidang bahasa Melayu? | Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ialah seorang ulama, sejarawan, pujangga. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau pun mana-mana perpustakaan yang berdekatan. Terima kasih. | Lain-lain | 06.12.2007 |
Soalan no.1 Tuan, selepas titik bertindih, adakah maklumat selepas itu mesti dimulakan dengan huruf besar? Contoh: Calon seharusnya dapat: (a) Mentakrifkan hadith marfu, mawquf, dan maqtu; (b) Mengemukakan pendapat ulama tentang hukum beramal dengan hadith marfu, mawquf, dan maqtu. Soalan no.2 Bagaimana dengan tanda baca pada setiap poin. Perlu diletak tanda noktah atau koma bertitik? | Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat. | Tatabahasa | 28.02.2013 |
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak. | Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP. | Tatabahasa | 16.02.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan i) tajdid ii) islah Apakah pula maksud gabungan antara perkataan tajdid dan islah dari sudut bahasa dan keagamaan? terima kasih.. | tajdid - pembaharuan (yg menurut ulama fiqah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yg semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah). islah - usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan baik atau dgn jalan damai. | Makna | 09.10.2008 |
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain? | Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih | Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi. Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987. | Lain-lain | 22.01.2010 |
assalamualaikum. sy ingin bertanya berkenaan kata-kata sarjana. apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata sarjana? dan bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu diiktiraf sebagai seorang sarjana yg membolehkan kita memetik kata-kata beliau utk dimuatkan dalam sesebuah esei yg dikarang | Sarjana yang dimaksudkan di sini ialah orang yang bijak pandai ataupun digelar cendekiawan. Tiada batas yang ditetapkan untuk mengiktiraf seseorang sebagai cendekiawan tetapi dalam hal memetik kata-kata sarjana lazimnya kita memetik kata-kata tokoh yang sememangnya ahli dalam bidang tertentu seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Nuruddin Al-Raniri dalam bidang falsafah dan ulama dan Sasterawan Negara. | Lain-lain | 07.06.2011 |
|
|