Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pengaruh Bahasa Inggeris terhadap perkembangan bahasa Melayu kini | Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris. Untuk maklumat lanjut saudara perlu membuat kajian dan rujukan kepustakaan tentang perkara ini di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui alamat khidmat1@dbp.gov.my. | Lain-lain | 20.06.2010 |
" tidak ketinggalan" lazimnya diggunakan dalam penulisan? apakah maksud sebenarnya? adakah " tidak ketinggalan" seerti dengan selain itu? | Dalam Kamus Dewan tidak ketinggalan bermaksud tidak mahu terkebelakang atau tidak lalai. Walau bagaimanpun "tidak ketinggalan" lazimnya diungkapkan bagi maksud "tidak terkecuali" atau "turut". Oleh itu, dalam penggunaan harian lebih-lebih lagi dalam situasi rasmi gunakanlah perkataan "turut" yang lebih difashami maknanya oleh khalayak. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
Apakah benarkah istilah atau perkataan teknikal tidak boleh digunakan dalam Bahasa Melayu? Fahaman saya Bahasa Melayu menerima unsur pengaruh daripada bahasa luar termasuk Bahasa Inggeris kerana sifatnya yang dinamik dan berkembang. Manakah penggunaan yang tepat, pendidikan teknikal dan vokasional atau pendidikan teknik dan vokasional? Terima kasih, | Istilah atau perkataan teknikal boleh digunakan dalam Bahasa Melayu. Antara konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah.Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga. Penggunaan yang tepat ialah pendidikan teknikal dan vokasional. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
semua penduduk kampung bergotong- royongmembersihkan surau. Dalam sebuah buku ,ayat ini dianggap salah.Boleh tuan/puan jelaskan.sekian, terima kasih. | Ayat yang lebih baik ialah "Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan surau" kerana kata semua membawa maksud semua yang terlibat, tidak ada yang terkecuali. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
Tuan, Ejaan TULEN tertera dalam Kamus Dewan. Cuma saya ingin tahu adakah ejaan tersebut termasuk dalam pola ejaan huruf vokal yang termasuk dalam 18 pola. Kenapa tidak dieja TULIN yang mengikut pola u-i. Terima kasih | Kata 'tulen' berasal daripada bahasa Indonesia. Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga terkecuali daripada pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.04.2011 |