Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud bangsa asing? | Bangsa asing merupakan kumpulan manusia yang tidak terikat dalam satu ikatan ketatanegaraan. Ini bermaksud kumpulan bukan warganegara yang memasuki sesebuah negara untuk tujuan tertentu. | Makna | 03.02.2008 |
apakah maksud dasar langit terbuka? | Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 26.09.2007 |
selamat sejahtera. apakah perbezaan diantara puisi dan sajak? bolehkah diterangkan perbezaan susunan antara kedua-dua tersebut? sekian,terima kasih. | SAJAK ialah sebuah hasil puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan seumpamanya. Manakala puisi ialah semua jenis karangan berangkap termasuklah sajak. | Lain-lain | 19.04.2007 |
Apa maksud badan bebas? | Badan bebas ialah badan atau pertubuhan atau kumpulan yang sama ada dilantik oleh pihak tertentu atau diwujudkan atas matlamat tertentu yang tidak dikongkong, tidak terikat atau tidak dikuasai oleh pihak lain. Contoh : pihak kerajaan melantik kumpulan pakar untuk mengkaji kesan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa toksid, maka badan tersebut diberi kuasa atau kebebasan untuk melaksanakan tugasnya tanpa dikongkong oleh pihak kerajaan. | Makna | 27.05.2008 |
ADAKAH BETUL PENGGUNAAN PERKATAAN INI "semilir menerpa" | Soalan yang dikemukakan lebih kepada bidang sastera. Namun demikian, bagi membantu, jika "semilir menerpa" ini digunakan dalam sajak , ia bebas digunakan kerana sajak sendiri bentuknya bebas atau tidak terikat. | Lain-lain | 10.09.2007 |
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih. | LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu. Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa. " Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja.
| Tatabahasa | 11.09.2012 |
Minta tanya apakah bacaan e bagi perkataan koster? Terima kasih:) | Tidak ada perkataan koster dalam pangkalan data kami. Berdasarkan pola keselarasan vokal, pasangan 0 - e taling seperti boleh. Walau bagaimanapun jika koster ialah terjemahan daripada bahasa Inggeris sebutannya tidak terikat kepada pola keselarasan vokal. | Tatabahasa | 08.09.2013 |
Saya nak tahu apa itu sajak secara umum dan juga huraian tentang aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur secara menyeluruh | Sajak ialah puisi sama ada tradisional mahupun moden. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain-lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu. Namun terdapat pendapat umum yang menganggap sajak ialah puisi yang tidak terikat kepada konvensi dari segi rima, baris dan bait. Bagi puisi Melayu, ia tidak terikat kepada konvensi pantun, syair dan gurindam. Dari segi bahasa, sajak dipercayai berasal dari perkataan Arab 'saf' yang bererti karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama pada hujung tiap-tiap ayat atau suku kata ayatnya. | Lain-lain | 12.02.2009 |
salam.. saya ingin bertanyakan mengenai sifat bahasa..boleh berikan penerangan selanjutnya.. saya juga ingin meminta penerangan lebih mengenai salah satu sifat bahasa iaitu bahasa sebagai satu sistem..harap boleh berikan penerangan dengan terperinci memandangkan sumber yang ada tidak memenuhi di samping tidak mencukupi.. | Salah satu sifat bahasa ialah sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, dan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk pusat bahasa di IPTA dan rencana bahasa Melayu dalam http://wikipedia. | Lain-lain | 02.09.2007 |
adakah penggunaan 'mencukupi' betul? bukankah selepas tambahan 'me-i' sepatutnya kata nama. contoh: Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi. atau 'cukup' sahaja sudah mencukupi?? | kata kerja berimbuhan 'me-i' diikuti dengan kata nama; contohnya ... menghadiahi bunga ..., mencukupi bukan golongan kata kerja, oleh itu tidak terikat dengan hukum tersebut. Ayat, "Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi" adalah betul. | Tatabahasa | 17.04.2008 |