Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ini ayat contoh: Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya "tidak terhad kepada" perkataan ya atau tidak/bukan. Soalan: Adakah penggunaan frasa tidak terhad kepada" dalam ayat ini tepat/gramatis? | Penggunaan frasa 'tidak terhad kepada' adalah laras yang sesuai dalam konteks ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penjelasan lanjut. Rujuk halaman 447 - 488. | Tatabahasa | 30.10.2009 |
Assalamualaikum, tuan. Saya Norol Farhana Mohd Fuzi dari Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia. Kolej kami akan mengadakan satu program Make It Right Campaign 3 (MIRC 3). Program ini sebenarnya berbentuk ilmiah, di mana aktiviti-aktivitinya berkonsepkan syariat Islam serta nilai-nilai murni, dan tidak terhad untuk mahasiswa Islam bahkan bukan Islam. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2013. Jadi, pihak kami ingin memohon penajaan daripada pihak tuan untuk memberi sumbangan terhadap program ini.Jadi bagaimana kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan? Sekian, terima kasih. | Sila kemukakan surat permohonan tajaan kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.01.2013 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
saya ingin bertanya berkaitan: 1) definisi bahasa penulis tempatan dan luar negara? 2) definisi melayu penulis tempatan dan luar negara? 3) jika saya menggunakan definisi bahasa oleh Edward Sapir 1921 adakah masih boleh digunakan ataupun definisi tersebut tidak diguna pakai lagi? 4) definisi bahasa melayu penulis tempatan dan luar negara? | Jawapan kami merujuk Kamus Dewan, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya); dan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia. Tuan boleh menggunakan takrifan yang diberi oleh mana-mana sarjana asalkan bersesuaian dengan konteks penggunaannya kerana sumber ilmu tidak terhad kepada sarjana tempatan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 02.03.2012 |
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain? | Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja. | Makna | 13.08.2008 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'. | Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut: 1. declines - menurun (Pelaburan) 2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi) 3. descending order - susunan menurun (Ekonomi) 4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi) 5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan) Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun". | Istilah | 29.08.2012 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan kepada pertanyaan saya bertarikh 19/10/2011 berkenaan 'black sheep' = 'scapegoat' = 'kambing hitam' dalam penggunaan di Malaysia. Bagaimana dengan soalan no.2 tersebut? Jawapan dari pihak KNDBP tidak jelas. Mohon jawapan untuk soalan no.2 iaitu: 2) ... bolehkah kita katakan bahawa guru-guru BI di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep' di Malaysia: (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam')?. Jawapan dari pihak KNDBP amat dihargai. Terima kasih. | Kami telah menjawab secara umum soalan kedua tuan (lihat baris kedua akhir dan akhir), malah jawapan tersebut tidak terhad dalam pemerihalan perkataan "scapegoat" ini sahaja. Jawapan kami, "... Pada pandangan kami tidak salah untuk memaklumkan maklumat terkini entri kamus yang diketahui kepada khalayak, malah pemberian maklumat ini dialu-alukan untuk manfaat bersama." Tambahan maklumat, jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, eloklah dirujuk kepada Lembaga Peperiksaan. | Makna | 31.10.2011 |
Salam, saya ingin bertanya..Adakah perlu ditambah perkataan 'sahaja' dalam ayat ini? Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat. Ataupun jika dimasukkan 'sahaja', ayat tersebut akan menjadi 'Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab peminat sahaja'.. Yang manakah betul? Terima kasih | Ayat "Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat" ialah ayat yang gramatis. Tidak perlu diakhiri dengan perkataan sahaja dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Selain daripada "sinambung". apakah kata-kata akar lain yang menggunakan sisipan "in". Mengapa sisipan "in" perlu digunakan? | Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu; sambung=sinambung. Bentuk-bentuk sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya. Sisipan berlaku untuk mengubah jenis kata , contohnya bentuk kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contoh; 1. sisipan -el = geletar = menggeletar 2. sisipan -em- gemuruh = bergemuruh | Tatabahasa | 14.08.2013 |
KAVER?? | Perkataan kaver tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berdasarkan maklumat yang diberikan penggunaan perkataan kaver terhad dalam kelompok tersebut. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya kita bersama-sama menggunakan bahasa yang betul apatah lagi dalam paparan yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Lain-lain | 29.10.2012 |