Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud kerancuan bahasa | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain. | Lain-lain | 20.03.2008 |
carian kata bagi "tidak teratur" | Tidak teratur bermaksud tidak disusun dengan baik. | Makna | 30.12.2009 |
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu. | Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal. | Lain-lain | 10.01.2008 |
makna lintang-kedak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-kedak bermaksud tidak teratur (letak sesuatu dll). | Makna | 14.02.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan kerancuan bahasa? | Menurut Kamus Dewan, kerancuan dikaitkan dengan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan atau kekeliruan.Kerancuan bahasa merupakan kekacauan atau kekeliruan yang berlaku dalam bahasa. Bagi melihat contoh ayat, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 22.07.2007 |
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran. | Makna | 13.03.2008 |
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKAN | Morat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 17.06.2008 |
salam, tuan apakah maksud perkataan keracuan bahasa? | Tidak kata racu/keracuan, perkataan yang betul ialah kerancuan bermaksud keadaan rancu (tidak teratur dan sebagainya) dan kerancuan bahasa lazimnya dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang bercampur aduk. | Makna | 25.09.2011 |
ASSALAMUALAIKUM. SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "KERANCUAN BAHASA" BOLEH TOLONG HURAIKAN SEDIKIT. SELEPAS ITU,APAKAH TAJUK BUKU ATAUPUN JURNAL YANG BERKAITAN DENGAN KERANCUAN BAHASA YANG BOLEH SAYA RUJUK? SALAM HORMAT, TERIMA KASIH | Yang dimaksudkan dgn kerancuan bahasa yang tidak teratur dan bercampur aduk, dan bentuk yang biasa dikenali ialah bahasa rojak. Dr. Awang Sariyan pernah membincangkan tajuk ini dalam beberapa kertas kerjanya (cari artikel beliau bertarikh 19 Julai 2004 - Bahasa Rojak). Sila layari laman web atau kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan permasalahan bahasa (jika tiada buku khusus membincangkan hal kerancuan bahasa) | Tatabahasa | 18.09.2007 |
apakah maksud pincangan? | Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. | Makna | 01.02.2013 |
|
|