Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Saya tidak suka lagunya yang lain 2. Saya tidak suka lagu-lagunya yang lain 3. Saya tidak suka lagunya yang lain-lain Antara tiga ayat di atas, mana satu yang betul? Apakah beza antara perkataan lain dengan lain-lain? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1215, perkataan lain bermaksud berkenaan hal dan keadaan dan lain-lain yang tidak sama. Lain-lain pula bermaksud yang seumpamanya atau yang seterusnya. Oleh yang demikian, ayat pertama, "Saya tidak suka lagunya yang lain." betul dan sesuai digunakan. | Makna | 20.01.2025 |
Penggunaan perkataan "langsung" 1) Saya langsung tidak suka mata pelajaran Pendidikan Seni. ATAU 2) Saya tidak suka langsung mata pelajaran Pendidikan Seni. Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 10.05.2022 |
Apakah perkataan yang boleh saya gunakan untuk frasa "give face to somebody". Contohnya, sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu, namun disebabkan saya "give face to XXX" maka saya melakukannya sahaja. | Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi give face ialah menghormatinya. (Sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu. Namun disebabkan saya menghormati XXX, maka saya melakukannya.) | Penyemakan dan penterjemahan | 21.03.2017 |
APAKAH MAKSUD " TANAPA PREJUDIS" | Maksud tanpa prejudis ialah tidaka ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. | Makna | 18.03.2009 |
perkataan sama erti bagi "merajuk" | Makna bagi merajuk ialah menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Makna | 01.11.2007 |
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?) | 1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan. 2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
APAKAH MAKSUD " TANPA PREJUDIS" | Maksud tanpa prejudis ialah tidak ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. | Makna | 18.03.2009 |
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum. | Makna | 27.10.2007 |
assalamualaikum..maksud prejudis dan stereotaip apa? | Prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb). | Makna | 04.02.2008 |
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat2 di bawah...Jika ada kesalahan minta diterangkan hukum tatabahasa yang berkaitan. 1. Sesetengah orang tidak suka tinggal di bandar. 2.Jika hujan lebat , kawasan ini akan dinaiki air . 3.Sudah bertahun lamanya Pak Cik Ali menetap di kampung ini. Penduduk di kawasan itu saling membantu apabila tiba musim menuai. 4. Abang membelok di sebatang selekoh. 5.Lembu-lembu tanpa tuan bertempiaran di sepanjang jalan kampung itu. | Ayat pertama hingga kelima yang dilampirkan adalah betul. | Tatabahasa | 03.03.2014 |
|
Puisi |
---|
|
Tinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 622 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|