Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon berikan terjemahan BI untuk pantun ini Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. Terima kasih | Mohon maaf tuan/puan, kami tidak memberi perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk bantuan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2018 |
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |
Kenapa saya tidak dapat menghantar soalan kerana katanya "lebih 100 perkataan" padahal belum? | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja. Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2024 |
Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Ungkapan jangan pernah dalam ayat ini sesuai atau tidak? Terima kasih. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjawab soalan-soalan sebelumnya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.. manakala pernah ialah sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang dinyatakan. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah sesekali... Jangan sesekali berkasar terhadap ibumu. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) Apakah perbezaan antara "diminta" dan "dipinta"? 2) Hasil carian pada tapak web PRPM beberapa hari yang lalu nampaknya tidak lagi merangkumi bahagian Khidmat Nasihat, dan bahagian Istilah BM yang tertera adalah terhad. Adakah keadaan ini kekal atau buat sementara waktu sahaja? | Pinta sama maksud dengan minta/meminta. Di bawah kata pinta hanya ada beberapa kata terbitan seperti terpinta dan pintaan, berbanding dengan kata minta boleh menerbitkan lebih banyak kata seperti meminta, berminta, memintai, peminta dan permintaan. Oleh itu, pembentukan kata yang lebih tepat ialah diminta, iaitu bentuk pasif bagi kata kerja meminta. | Tatabahasa | 13.08.2019 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Puas sudah saya mencari padanan dalam bahasa kebangsaan istilah "flying fox". Sudi bantu saya? Terima kasih.... | Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, tuan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying Fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox). | Istilah | 09.12.2014 |
Soalan adalah seperti yang dilampirkan | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja. Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2024 |
Soalan adalah seperti yang dilampirkan ini | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja. Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2024 |
Salam sejahtera, Adakah struktur ayat yang berikut betul? "Defendan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perenggan A dan meletakkan Plaintif di atas dasar beban bukti yang kukuh" Terima kasih kerana sudi membantu. | Ayat ini berkaitan bidang undang-undang. Dari segi struktur ayat ini betul, tetapi tidak gamatis atau sejadi kerana terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Mohon berikan ayat dalam bahasa Inggeris supaya kami boleh mencadangkan perkataan yang lebih sesuai. Terima kasih. | Lain-lain | 23.04.2018 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) "Rapper" merujuk kepada seorang yang membuat persembahan jenis muzik rap. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "rapper" - "ahli rap", "pemuzik rap", "rapper" atau apa-apa istilah lain? 2) Apakah istilah yang paling sesuai untuk "given name" bagi orang yang tidak semestinya beragama Kristian - "nama sendiri", "nama diberi", "nama pertama" atau apa-apa istilah lain? 3) Apakah istilah yang sesuai untuk "birth name" - bolehkah "nama lahir" diterima? 4) "Stage name" merujuk kepada nama yang dipegang oleh seorang pelakon atau penghibur bagi tujuan profesional. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "stage name" - "nama samaran", "nama pentas" atau apa-apa istilah lain? Sekali lagi, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut: - Rapper = penyanyi rap/pemuzik rap/penari rap
- Given name = nama sendiri/nama pertama/nama diberi
- Birth name = nama lahir
- Stage name = nama pentas/nama samaran
Pemilihan padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada penggunaan perkataan dalam konteks ayat. | Istilah | 24.06.2019 |
|
Puisi |
---|
|
Kalau kutahu hujan tak jadi, Tidak saya turun ke bendang; Kalau kutahu orang tak sudi, Tidak saya datang meminang.
Lihat selanjutnya... |
|