Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pertanyaan ini berkaitan dengan imbuhan pinjaman daripada bahasa asing. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 309 di bawah tajuk 'imbuhan daripada Arab-Parsi' dinyatakan cuma satu sahaja, iaitu awalan bi- yang diambil daripada Parsi. Sebenarnya Parsi yang sekarang ini ialah Iran bukan dalam kalangan negara Arab. Imbuhan bi atau be (e taling) pada mereka memang benar membawa maksud tidak seperti perkataan bewafa (tidak setia) tetapi bi- dalam bahasa Arab membawa maksud dengan (kata sendi nama) dan tidak pernah membawa maksud tidak seperti bi + adab = biadab. Dalam bahasa Arab bila dikatakan bi al-adab, membawa maksud secara beradab atau dengan adab bukannya secara tidak sopan. Harap pihak tuan dapat menjelaskan kemusykilan ini. | Maklumat dan pertanyaan tuan ini perlu kami rujuk pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu para penyusun buku Tatabahasa Dewan. Maklumat yang diperoleh akan kami e-melkan kepada pihak tuan. Kami berusaha mendapatkan maklumat yang tersebut dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 18.08.2015 |
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI" | Saudara, Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); Makna perkataan sejati: asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih. | Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program". | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Assalamualaikum w.b.t., Saya ingin menyemak, - Ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan berikut: 1) cap syarikat atau cop syarikat 2) laman web atau laman sesawang 3) sebutharga atau sebut harga (tender) 4) Urus setia atau Urus Setia 5) e-tender atau e-Tender - Setahu saya nombor di bawah sepuluh, penggunaan dalam ayat ialah "Didi membeli dua (2) buah buku" dan nombor sepuluh dan ke atas tidak perlu dieja. Adakah penggunaan tersebut betul dalam urusan surat rasmi? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Ejaan yang betul: 1. Cap syarikat 2. Laman web / laman sesawang (kedua-dua betul) 3. Sebut harga 4. Urus setia 5. e-tender 6. Kelaziman: nombor dieja dahulu dan diikuti bentuk angka dalam kurungan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.09.2019 |
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |
Gelaran hormat untuk seorang pegawai polis dalam majlis-majlis rasmi ialah Yang Setia? Mohon diberi pencerahan kerana saya tidak mendapat maklumat yang yelas tentang gelaran ini di mana-mana. Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan buku Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi Kerajaan (2015), tiada panggilan hormat Yang Setia untuk pegawai polis dalam sesebuah majlis rasmi. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk kepada jabatan terbabit untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.03.2018 |
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013 | Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa. | Lain-lain | 05.12.2012 |
Salam, Tuan, 1.Mana yang betul di kalangan atau dalam kalangan. 2. Kenapa kereta api bukan keretapi? 3. urus setia apabila menerima apitan keurusetiaan, kenapa tidak keurussetiaan. | 1. Yang betul ialah dalam kalangan. 2. kereta api ialah kata nama majmuk yang ditulis sebagai dua perkataan. 3. Urus setia apabila menerima apitan ke-...-an menjadi keurussetiaan, bukan keurusetiaan. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tq | Ini ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Frasa manakah yang betul penggunaannya? 1....seperti pada ketetapan berikut ATAU pada ketetapan seperti berikut 2....seperti pada Lampiran A ATAU seperti di Lampiran A? 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia.. ATAU sukacita dimaklumkan, pihak urus setia.. 4. hingga ATAU sehingga | Frasa yang betul ialah: 1....seperti pada ketetapan berikut: 2..... seperti pada Lampiran A 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia.. 4. hingga dan sehingga - Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat, manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. | Tatabahasa | 13.03.2019 |