Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Darjat masyarakat di kampung itu telah tercemar. munsyi, mengapakah darjat tidak sesuai digunakan dalam ayat ini? TK | Darjat bermaksud taraf dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah. | 1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
1) Mengapakah pada masa kini, frasa "di kalangan" bertukar menjadi "dalam kalangan" ? 2) Benarkah tidak sesuai menggunakan penanda wacana "di samping itu" dalam ayat yang kita bina? Contoh : Kita mestilah menghormati ibu bapa. Di samping itu, kita perlu rajin belajar supaya berjaya pada masa depan. | 1) Frasa yang paling tepat ialah "dalam kalangan" bukan "di kalangan" kerana sendi nama "di" merujuk tempat. Kata "kalangan" bermaksud lingkungan atau golongan. Sekiranya sendi nama "di" dibubuh pada kata ini, menjadi "di golongan", maka "di" tidak sesuai dipadankan dengan "kalangan". Penggunaan "dalam kalangan" betul kerana menunjukkan termasuk, bersama-sama atau terlibat sama. 2) Penanda wacana "di samping itu" boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.03.2010 |
Bolehkah 'engkau' digunakan ketika bercakap dengan ibu? Adakah betul lirik 'jingle' iklan berikut: "Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku" | Perkataan engkau tidak sesuai digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu kerana dalam budaya dan adab sopan, kita diajar supaya menggunakan bahasa yang baik dan halus terutama apabila bercakap dengan ibu, orang yang dihormati. Dalam lirik lagu yang dikemukakan ini, penggunaan engkau adalah betul dari aspek tatabahasa tetapi tidak sesuai dalam konteks kesantunan berbahasa. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Kedai Cat Multi Colour | Nama ini tidak sesuai untuk digunakan. Mohon pelanggan untuk faks iklan untuk pengesahan. | Lain-lain | 07.03.2007 |
Bantu saya menyemak kesalahan ejaan dan penggunaan ayat yang tidak sesuai dalam ayat seperti berikut: Saya dengan hormatnya diarah merujuk surat tuan ABC/VB/MKNH/09/56 bertarikh 14 April 2008. | Ayat yang betul ialah ' Dengan hormatnya, surat tuan ............bertarikh... dirujuk.' Harap maklum. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
memboros masa. penggunaan 'memboros' sebegini boleh diterima? | Perkataan boros tidak sesuai digunakan.Frasa yang betul ialah membazir masa. | Makna | 16.08.2013 |
Adakah betul penggunaan Rakan Cop | Penggunaan istilah Rakan Cop tidak sesuai tetapi masih digunakan. Kami telah membuat teguran dan cadangan perkataan dari kami ialah Rakan Polis. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Ali memancing banyak ikan . Dia berasa gembira "seperti itik mendapat air". Penggunaan peribahasa dalam ayat tersebut sesuai atau tidak sesuai ? Terima kasih. | Peribahasa "itik mendapat air" bermaksud memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
Apakah maksud penggunaan? | Makna penggunaan ialah perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll). | Makna | 16.09.2009 |