Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, Ayat di bawah manakah adalah gramatis? 1. Ramai orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Atau 2. Banyak orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Terima kasih. | Kedua-dua ayat betul. | Tatabahasa | 27.08.2019 |
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula. Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar. Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat. | Makna | 10.01.2008 |
Salam. Adakah epilepsi diterjemah sebagai sawan gila babi? Jika ya, saya cadangkan terjemahan ini dimansuhkan kerana terjemahan ini agak melampau. Mohon dikemukakan cadangan saya. Terima kasoh. | Epilepsi ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang tidak sedar dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan. Epilepsi juga dikenali sebagai sawan babi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=epilepsi atau Dewan Eja. | Lain-lain | 03.05.2021 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini.Remaja mudah terpedaya akan kata-kata rakan sebaya dan melakukan kegiatan negatif seperti membuli.Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain.Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut percakapan rakan seperti kerbau dicucuk hidung. | Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini. Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain. Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut arahan rakan seperti kerbau dicucuk hidung. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
| Tatabahasa | 28.09.2015 |
Yang manakah paling tepat bagi ayat di bawah, ialah atau adalah: Alat ini ialah jenis perkusi (dipukul) atau konkusi (dua bahagian dipukul bersama). | Jawapan yang betul ialah, “Alat ini ialah jenis perkusi”. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1146, perkataan “Konkusi” membawa maksud gangguan sementara pada otak, tidak sedar, tidak ingat atau bingung, biasanya berlaku jika dipukul atau terhantuk kuat. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kata pemeri “ialah” dan “adalah”, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 495 atau layari laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 08.05.2024 |
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Istilah | 04.08.2010 |
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya apakah terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan 'gaslighting'. Literalnya 'gaslight' bermaksud lampu gas. Di dalam bidang psikologi, istilah gaslighting merujuk kepada satu bentuk manipulasi yang digunakan oleh manipulator kepada mangsa hingga mangsa mempersoalkan memori, realiti dan kewarasan mereka sendiri. Manipulator biasanya adalah orang yang percayai oleh mangsa. Oleh kerana keadaan ini berlarutan dalam waktu yang lama mangsa tidak sedar dirinya telah dimanipulasi. Harap dapat pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: gaslighting - perdayaan mental Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 09.11.2021 |
Selamat sejahtera. :) 1. Adakah separuh sama dengan setengah? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Lain-lain | 31.05.2017 |
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk | Ayat ini betul: 1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada para pekebun kecil. 4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
Dalam kata bilangan, kita sepatutnya menggunakan "pelbagai jenis buah" atau "pelbagai jenis buah-buahan"? Pada pendapat saya, buah-buahan telah membawa maksud jamak, jadi sepatutnya "pelbagai jenis buah" betulkah? Tapi selalunya ternampak buku-buku dan surat khabar menulis "pelbagai jenis buah-buahan".. | Saya bersetuju dgn sdr dengan frasa "pelbagai jenis buah" yang membawa maksud jamak. Apa yg kita lihat dalam akhbar, kemungkinan penulis tidak sedar bahawa mereka telah menggunakan bahasa yg lewah atau pembaziran dalam penulisan . Kadang kala terdapat juga pihak yg tidak berapa peka atau mahir dalam penggunaan kata bilangan dlm penulisan sama ada dalam akhbar ataupun penerbitan lain. T.kasih. | Lain-lain | 17.08.2008 |
|
Peribahasa |
---|
| 563 Sweep your own doorstep clean Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' ka Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|