Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
melawat dan berkunjung kedua-dua perkataan ini sama maksud atau tidak sama? Sila berikan contoh ayat . Terima kasih. | Antara maknanya ialah pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah. Untuk keterangan lanjt sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2009 |
DBP, adakah berperdu daripada bermaksud berpunca daripada a? | Berperdu bermaksud berasas, kata berasas tidak sama dengan berpunca. | Tatabahasa | 04.10.2011 |
APA MAKSUD KETATSAKSAMAAN? | Ketaksaksamaan tiada dalam Kamus Dewan, yang ada ketidaksamaan bermaksud perihal (sifat, keadaan) tidak sama. | Tatabahasa | 21.05.2008 |
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"?? | Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka". | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Adakah ungkapan "bergaul dengan" sama dengan "menggauli"? | Menggauli tidak sama maksudnya dengan bergaul dengan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Menggauli | Makna | 03.05.2013 |
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul? | Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat. | Istilah | 04.11.2012 |
As Salam ! Mengapakah format penulisan surat kiriman rasmi Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris tidak sama? | Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sama ada format tersebut sama atau tidak antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris bukanlah bidang kuasa DBP untuk menentukannya. | Lain-lain | 03.04.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'gestalt theory'? | Teori Gestalt, gestalt digunakan dalam bidan Psikologi yang bermaksud struktur sesuatu benda atau idea yang harus ditanggapi secara utuh kerana jumlah keseluruhannya tidak sama dengan jumlah pecahan-pecahannya. | Makna | 26.12.2012 |
tolong bagi perkataan ringkas bagi ayat ( sama tapi tidak serupa) dalam industri? | Sama bermaksud tidak berbeza atau berlainan sama ada rupa, keadaan, dan lain-lainnya, atau disebut juga serupa. "Sama tapi tidak serupa" sering diungkapkan untuk merujuk kepada objek/keadaan yang sama (dilihat secara luarannya) tetapi apabila diperhalusi masih ada yang tidak sama/serupa antara kedua-duanya dan tidak ada perkataan ringkas untuk merujuk keadaan tersebut. | Makna | 04.03.2009 |
TUAN, saya ingin mendapat kepastian sama ada perkataan SEMULAJADI ditulis sebagai semula jadi atau semulajadi ? Bagaimana kita dapat membezakan ejaan tersebut perlu dirapatkan atau tidak ? sama seperti ejaan atur cara terima kasih atas respon tuan | Ejaan yang betul ialah semula jadi. Kata majmuk dieja dua perkataan kecuali beberapa perkataan yang dieja rapat atau dikenali sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu kerana kelaziman penggunaan seperti; antarabangsa, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, tanggungjawab, sukarela, pesuruhjaya, setiausaha, olahraga, suruhanjaya, warganegara, matahari, kakitangan, kerjasama dan beritahu. | Ejaan | 16.05.2009 |