Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim- | Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya. Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Salam sejahtera. Terima kasih dengan khidmat yang telah diberikan. Merujuk kembali kepada jawapan pada persoalan yang telah saya kemukakan seperti berikut: Soalan : Apakah betul ejaan terjemahan "bias" daripada bahasa Inggeris masih sama ejaannya dan bagaimana dengan sebutannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih. Jawapan : Terjemahan bahasa Melayu bagi "bias" ialah berat sebelah. Bias dalam bahasa Melayu bermaksud menyimpang atau bertukar arah kerana sesuatu sebab. Persoalan yang saya maksudkan adakah kata "bias" sudah diterima sebagai kata serapan dalam bahasa Melayu dan bagaimanakah kata tersebut dieja? Sekian, terima kasih. | Puan Sozilawati, Perkataan bias tidak diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Cuam kadangkala digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Dalam bahasa Melayu, disesuaikan mengikut penggunaannya, kita masih gunakan berat sebelah atau memihak kepada sesuatu pihak. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
|
|