Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
pada tarikh 23/03/2012 saya ada menghantar email untuk pengesahan bahasa untuk lesen iklan papan tanda untuk DBKL, dan telahpun lulus, terima kasih. tetapi baru-baru ini iaitu pada 03/05/2012 saya menghantar visual yang sama tetapi lain warna sahaja, tetapi tidak lulus..sila jelaskan kepada saya situasi sebenar... | Sila berikan nombor pendaftaran kedua-dua iklan tersebut supaya kami boleh semak sebab iklan tersebut tidak lulus. | Lain-lain | 09.05.2012 |
Merujuk kepada No. Pendaftaran 6450/2012. Tajuk Permohonan Kilang Percetakan Dinamik Erajaya Sdn Bhd Co. No. 882076-H dari Syarikat Dinamik Erajaya Sdn Bhd. Bertarikh 10/05/2012 dan status tidak lulus. Boleh bagi tahu dengan lebih jelas bahagian mana yang perlu diperbetulkan. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih. | Kami telah merujuk iklan yang dihantar. Sila tukar perkataan PERCETAKAN kepada PENCETAKAN. | Lain-lain | 10.05.2012 |
Saya hanya tidak faham kenapa KPBDBP boleh lulus bunting dan banner artwork, tetapi, untuk artwork yang sama, juma saiz yang beza, tidak lulus pula. Lagipun, adakah KPBDBP boleh satu kali balas yang mana perlu buat pembetulan, satu artwork ambil masa lebih satu minggu buat pembetulan, sangat membazir masa untuk saya dan DBP juga. | Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila kemas kini apabila permohonan atau iklan dihantar semula (jangan buat permohonan baru) supaya pihak kami maklum tentang kesalahan yang perlu dibetulkan semasa pertama kali dihantar. Sila maklumkan dalam permohonan tersebut bahawa iklan tersebut pernah dihantar serta tarikh dihantar. | Lain-lain | 30.01.2013 |
Sekiranya status semakan banting adalah 'Tidak lulus' adakah proses pembaharuan banting tidak dapat dilakukan? Adakah pihak berkuasa tempatan akan mengenakan tindakan sekiranya melihat banting yang tidak mendapat kelulusan dari pihak DBP? Dan apakah kesan - kesan lain dari status penyemakan in? | Untuk makluman tuan, DBP menyemak penggunaan bahasa dalam paparan iklan, manakala yang meluluskan atau yang mengeluarkan lessen ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh itu, jika berlaku situasi yang tuan nyatakan, pihak PBT yang berkenaan akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan. | Lain-lain | 06.06.2013 |
Selamat Pagi admin... No. Pendaftaran : 4927/2011 Pemohon : norhasimah Syarikat : Kool Kutz Inc Sdn Bhd Tajuk : salun kool kutz inc Tarikh Selesai : 05/09/2011 Status : TIDAK LULUS saya ingin mendapat penjelasan tentang permohonan saya di atas...sebab-sebab mengapa tidak mendapat kelulusan daripada pihak dbp, dan apa yang harus saya buat untuk mendapat kelulusan daripada dbp untuk iklan ini. Sila beri penjelasan.... terima kasih.. | Permohonan tersebut tidak diluluskan kerana keterangan aktiviti yang dikemukakan tidak jelas. Penggunaan perkataan "SALUN" sahaja tidak menggambarkan aktiviti/jenis perniagaan yang diusahakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Salun" bermaksud ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan. Oleh yang demikian, cadangan keterangan aktiviti yang baharu ialah Salun Dandanan Rambut atau Salun Kecantikan atau Salun Persolekan. | Lain-lain | 07.09.2011 |
Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanyakan sekiranya pihak kami ingin membuat pengecualian berkenaan penggunaan bahasa inggeris di dalam iklan, bagaimanakah prosedurnya? Untuk makluman pihak DBP, nama iklan yang bakal kami iklan ini merupakan nama program akademik yang telah tertakluk dalam syarat-syarat UiTM. Perhatian dan kerjasama daripada pihak DBP amatlah kami hargai sekiranya dapat memberi pengecualian terhadap penggunaan bahasa inggeris didalam iklan tersebut. Segala pertimbangan daripada pihak DBP kami ucapakan ribuaan terima kasih. No. Pendaftaran 6252/2013 - Tarikh Mula Proses Permohonan : 03/05/2013 14:40 - Tarikh Pengesahan : 03/05/2013 15:32 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Sila terjemah iklan kepada bahasa Melayu. DBP tidak mengesahkan iklan dalam bahasa Inggeris | Sila kemukakan semula iklan tuan kepada domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan nyatakan alasan tuan tentang pengecualian tersebut. Untuk makluman tuan, DBP mengesahkan penggunaan bahasa yang betul, jika tiada atau salah penggunaan bahasa kami tidak boleh memperakukannya. Oleh itu, setiap iklan perlu menggunakan bahasa Melayu dengan saiz yang besar dan jelas, bahasa lain dibenarkan tetapi perlu ada padanannya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 03.05.2013 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera, 1. Boleh atau tidak perkataan TEMBUSAN digunakan sebagai ganti kata SALINAN KEPADA atau carbon copy(c.c) kerana ada negara jiran yang menggunakannya. 2. Ada jabatan pelajaran mahupun kementerian menggunakan kata GALUS untuk pelajar yang kelompok gagal dan lulus.Dalam kamus dewan saya cari tapi tidak jumpa.Oleh itu akronim tersebut diterima pakai atau tidak oleh DBP.Jika tak sesuai apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan pelajar tersebut. 3. Di tempat kerja saya ada blok bangunan baru 3 tingkat. Paras bawah sekali dikosongkan dan disediakan sebuah pentas untuk acara-acara tertentu.Buat sementara waktu ruang tersebut diberi nama DEWAN TERBUKA. Ada cadangan untuk memberi nama baru yang lebih kreatif.Soalannya saya sesuaikah diberi nama DEWAN... atau DATARAN...atau PENTAS... atau BALAI...atau perkatan lain yang sesuai dengan fizikal tempat tersebut. | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, entri tembusan mempunyai 4 takrifan, iaitu 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal. Oleh itu, entri tembusan merujuk makna ke-4 yang bermaksud salinan surat asal. Walau bagaimanapun, saudara digalakkan menggunakan frasa salinan kepada (s.k) yang digunakan dalam konteks surat rasmi di negara kita. 2. Tidak terdapat perkataan galus sebagai akronim gagal dan lulus untuk pelajar sekolah yang terakam dalam mana-mana kamus atau buku terbitan DBP. Pihak kami mencadangkan digunakan istilah lulus bagi pelajar yang lulus dan gagal bagi pelajar yang gagal. 3. Sesuai digunakan perkataan dewan kerana dewan bermaksud balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui takrifan entri dewan, balai, pentas, dataran. Saudara juga boleh melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Istilah | 23.07.2009 |
Ayat ini betul atau tidak? 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga ke petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf di atas kejadian yang berlaku semalam. | Ayat yang betul ialah: 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf atas kejadian yang berlaku semalam. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan. | Encik Zulkarnain Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut. | Lain-lain | 23.07.2010 |
Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan. | Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012). | Lain-lain | 23.06.2012 |