Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud sempit | Maksud sempit ialah tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan). | Makna | 03.08.2010 |
Apakah maksud yang tepat untuk dangkal dan contoh penggunaannya di dalam ayat. Bila dan bagaimana untuk menggunakan perkataan "kenapa" dan "mengapa" dalam ayat. Kenapa/mengapa perkataan "ramai" digantikan "banyak" untuk orang? Terima kasih. | Dangkal bermaksud: 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg dangkal; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan seseorang), cetek: pengetahuan yg dangkal tentang politik. Kenapa dan mengapa sama makna,oleh itu tiada perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata itu. Banyak (banyak orang) penggunaannya tidak menggantikan kata ramai (ramai orang),tetapi sebagai pilihan sama ada menggunakan ramai orang atau banyak orang. | Tatabahasa | 21.06.2008 |
Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun Munsyi, adakah pengalaman sesuai digunakan dalam ayat ini? TK | Ungkapan yang lazim digunakan ialah jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Perkataan pengalaman tidak sesuai dalam ayat contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih. | Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubahubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun. | Makna | 19.02.2009 |
Tuan, Mohon keterangan daripada tuan ayat seperti berikut: 1. Sementara saya menunggu, ibu membeli kuih di pasar malam. 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas / besar. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar / jernih. 4. Saya menunggang basikal pergi ke / ke sekolah setiap hari kecuali hari(perlu huruf besar?) Sabtu dan Jumaat. | 1. Sementara saya menunggu ibu membeli kuih di pasar malam. - ayat ini tidak lengkap, tidak ada predikat 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas/besar. - Perkataan luas/besar betul bagi ayat tersebut. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar/jernih. - betul 4. Saya menunggang basikal ke sekolah setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
selenggara | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. | Istilah | 07.02.2010 |
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian. | 1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
Istilah "dekan pengasas" digunakan secara luas di universiti-universiti, namun tiada rujukan yang dapat diperoleh dari laman PRPM berhubung dengan istilah ini. Apakah maksud benar bagi istilah ini? Muhammad Qamarul Akmal bin Abd Wahab Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Untuk makluman, istilah "dekan pengasas" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh pihak universiti dan mungkin dicipta oleh pihak universiti. Kami mencadangkan tuan menghubungi universiti yang menggunakan istilah tersebut untuk mendapatkan maksud "dekan pengasas". | Istilah | 04.02.2013 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
penggunaan bahasa inggeris dalam mataprlajaran sains dan teknologi.apakah implikasinya terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu? | Soalan sdr terlalu luas cakupannya. Memang banyak terdapat implikasinya terhadap bahasa Melayu. Antaranya masalah kepada pelajar-pelajar yg masih tidak dapat menguasai BI dengan baik dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat mengenai kesan secara langsung dan tidak langsung ini, sdr bolehlah mendapatkan bahan bacaan yg dapat membantu, antaranya majalah Dewan Masyarakat yg banyak menyentuh isu ini dan juga majalah atau akhbar arus perdana. T.kasih. | Lain-lain | 03.09.2008 |
|
Puisi |
---|
|
Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Lihat selanjutnya... |
|