Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |
(9) Pemegang lesen tidak boleh menggunakan atau membenar digunakan, dalam penyediaan apa-apa makanan, mana-mana meja, almari, bangku atau sebarang perabot seumpamanya yang permukaannya bersentuh dengan apa-apa makanan, kecuali permukaan itu diperbuat daripada kayu keras bersambung rapat dan licin atau sesuatu bahan licin yang tidak telap air. (perkataan "membenar" adakah betul atau salah? adakah ia perlu ditambah imbuhan -kan di akhir perkataan tersebut untuk ayat di atas) sekian. terima kasih | Nurul Sila berikan konteks penggunaan ayat ini. Ayat ini terlalu panjang dan pengguna akan mendapati sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan. | Tatabahasa | 03.08.2010 |
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkan | merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; | Tatabahasa | 23.08.2007 |
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQ | Kedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Makna | 22.08.2011 |
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih | Saudara, Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin). Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan. Makna beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | | | | Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b). | Lain-lain | 15.10.2010 |
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih. | Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar. | Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
|
|