Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya. | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Salam sejahtera. Ramalan hujan bagi kawasan A adalah hujan lebat akan berlaku dan hujan lebat ini dijangka berterusan. Manakala ramalan hujan bagi kawasan B pula adalah hujan lebat yang berterusan dijangka akan berlaku. Oleh itu yang mana lebih sesuai dan kurang mengelirukan jika ramalan kedua-duanya diletak bersebelahan. Kawasan A : Hujan lebat dijangka berterusan @ Hujan lebat dan dijangka berterusan @ Hujan lebat yang dijangka berterusan Kawasan B: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku. Mohon kategorikan sebagai soalan peribadi dan tidak dikongsi kerana ini bagi pihak kawan di agensi lain. Sekian, terima kasih. | Puan yang budiman, Cadangan ayat yang sesuai untuk pertanyaan puan adalah seperti berikut: 1) Hujan lebat berterusan 2) Hujan lebat dijangka berterusan | Tatabahasa | 24.11.2017 |
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut? | Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih. | Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
Salam sejahtera. Pohon semak tatabahasa bagi dua soalan di bawah: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan belaku jika hujan lebat tidak berhenti-henti? Terima kasih. | Tuan/puan yang budiman, Cadangan ayat yang betul adalah seperti berikut: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan berlaku jika hujan lebat turun tidak berhenti? | Tatabahasa | 12.12.2017 |
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. | Tatabahasa | 30.05.2010 |
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih. | Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514. | Tatabahasa | 25.04.2014 |
Seandainya - perkataan ini boleh digunakan di tengah ayat seperti berikut? Perlawanan bola sepak akan ditangguhkan seandainya hujan yang turun dengan lebat itu tidak berhenti lima minit dari sekarang | Boleh digunakan pada pertengahan ayat tetapi lazimnya kata seandainya/sekiranya digunakan pada pangkal ayat. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak. | Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian. TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih. sebagai akibat hujan lebat - seharusnya ditulis akibat hujan lebat. memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan. amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak. Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
Selamat pagi... saya ingin merujuk kepada satu ayat dalam bahasa English RAINING CATS AND DOGS yang bermaksud hujan lebat.. Pertanyaan saya dalam keadaan apakah ayat / perkataan tersebut boleh saya gunakan dalam mana-mana tulisan atau percakapan. Sekian dan terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang frasa raining cats and dogs dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet, frasa tersebut bermaksud hujan yang sangat lebat. | Tatabahasa | 13.04.2015 |
|
Puisi |
---|
|
Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari.
Lihat selanjutnya... |
|