| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai, | Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil. | Makna | 27.02.2008 |
| peribahasa air dicincang/dicencang tidak akan putus? kata dicincang betul ataupun dicencang? | Air dicencang tiada putus. Perkataan "cencang" bermaksud metetak kecil-kecil atau halus. Rujuk Kamus Dewan. | Ejaan | 19.02.2014 |
| Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih. | Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
| Apa terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah kata nama khas 'Daerah Kecil' seperti yang digunakan bagi istilah Daerah-Daerah Kecil di Sarawak (seperti Daerah Kecil Sundar, Daerah Kecil Padawan, dll)? Saya tidak menemui sebarang pentakrifan di Carian Kata. | Terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan Daerah Kecil ialah Subdistrict. | Istilah | 05.02.2019 |
| Mengapakah penjodoh bilang bagi karipap ialah biji bukannya ketul. | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk kuih ialah “biji” kerana perkataan ini membawa maksud penjodoh bilangan bagi buah dan benda yang kecil-kecil. Perkataan, “ketul” pula membawa maksud penjodoh bilangan untuk sesuatu yang keras, padu dan tidak terlalu besar, seperti batu atau tulang. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 290 dan 1101] | Tatabahasa | 19.10.2025 |
| terjemahan mana yang betul bagi "minor building works" kerja bangunan kecil atau kerja kecil bangunan | Untuk makluman, istilah "minor building works" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerja kecil bangunan. | Istilah | 05.08.2013 |
| ejaan 'pengetua dieja dengan huruf kecil, tetapi apabila diletakkan panggilan 'tuan' di hadapan perkataan pengetua, perkataan tersebut (tuan pengetua) perlu dieja menggunakan huruf kecil atau huruf besar? contoh: Tuan Pengetua / tuan pengetua | Tidak timbul isu penggunaan huruf kecil atau besar kerana perkataan tuan juga merupakan perkataan umum dan bermula dengan huruf kecil (kecuali pada pangkat ayat). Perkataan tuan ditulis dengan huruf besar apabila merujuk kepada nama khas. Misalnya, Tuan Ibrahim Yatim. Begitu juga apabila dipadankan dengan pengetua. Tuan pengetua ditulis dengan huruf kecil kecuali jika merujuk kepada nama khas: Tuan Pengetua Sekolah Kebangsaan Taman Selayang. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
| Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasih | Waalaikumussalam, Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti padi.
| Tatabahasa | 25.06.2015 |
| Tuan, tugas kata hubung pancangan relatif ialah menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Saya ingin bertanya, apakah maksud klausa kecil dan cara mengenalnya? Terima kasih. | Klausa kecil juga dikenali sebagai klausa tak bebas, iaitu klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Sebagai contoh, rujuk ayat pancangan relatif 'Mereka menonton drama yang disukai ramai'. Mereka menonton drama (klausa bebas/klausa utama) yang (kata hubung pancangan relatif) disukai ramai (klausa tak bebas/klausa kecil). Maka, ciri utama klausa kecil ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Anda boleh merujuk Tatabahasa Dewan halaman 433-434 untuk lebih keterangan lanjut. | Tatabahasa | 22.02.2017 |
| Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pencerahan, adakah maksud "tabika" sama dengan "tadika" ataupun tidak? Sekiranya tidak sama, mohon pencerahan apakah maksud sebenar "tabika" & "tadika"? | Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Maksud tabika dan tadika tidak sama. Tabika ialah akronim bagi Taman Bimbingan Kanak-kanak (tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja). Tadika ialah akronim bagi Taman Didikan Kanak-kanak (kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun, sebelum mereka memasuki sekolah rendah) | Makna | 02.12.2017 |
|
| Puisi |
|---|
|
Anak Cina menanam tebu, Tanam mari bertapak-tapak; Sungguh kecil dahan jambu, Melentur ada patah tidak.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 415 Don't make a mountain out of a molehill Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|