Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin mencari buku sastera lama...sekitar 70an dan tidak ingat penulisnya serta terbitannya....Tajuk Buku itu ialah "Juara Yang Tewas" | Salam. Buku Juara yang Tewas, terbitan DBP, 1985 adalah karya Aripin Said. Sdr. boleh membuat rujukan kepada buku tersebut dengan datang sendiri ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau di mana-mana perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 06.08.2009 |
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula. Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar. Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat. | Makna | 10.01.2008 |
Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1368, perkataan “melupakan” ialah kata terbitan daripada perkataan “lupa” yang membawa maksud lupa akan, tidak ingat akan, menjadikan lupa. Berdasarkan cadangan pembetulan yang diberikan, kedua-dua jawapan adalah betul dan boleh digunakan seperti yang berikut: - Mak Esah tidak pernah lupa akan peristiwa pahit yang menimpa anaknya, walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku.
- Mak Esah tidak pernah melupakan peristiwa pahit yang menimpa, anaknya walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku.
Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja iaitu: - Dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan.
- Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 – 185. * Untuk soalan yang akan datang, tuan/puan tidak perlu menghantar lampiran, memadai dengan memasukkan soalan dalam ruangan yang disediakan.
| Tatabahasa | 13.12.2024 |
Yang manakah paling tepat bagi ayat di bawah, ialah atau adalah: Alat ini ialah jenis perkusi (dipukul) atau konkusi (dua bahagian dipukul bersama). | Jawapan yang betul ialah, “Alat ini ialah jenis perkusi”. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1146, perkataan “Konkusi” membawa maksud gangguan sementara pada otak, tidak sedar, tidak ingat atau bingung, biasanya berlaku jika dipukul atau terhantuk kuat. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kata pemeri “ialah” dan “adalah”, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 495 atau layari laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 08.05.2024 |
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan; | Tatabahasa | 12.10.2013 |
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum. | Makna | 02.07.2008 |
Dalam tulisan, bolehkah kita menggunakan perkataan tak bagi tidak seperti contoh ayat 1)Oi! Kenapa tak teruskan menyapu? jerit Zetti. 2) Tak apa, kau ingat kau hebat sangat. Kau tunggu! Zetti menggunakan nada mengugut pula kali ini. | Kependekan perkataan tak bagi tidak, boleh digunakan dalam dialog. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
Salam semua,tolong saya untuk memahami pelajaran kesusasteraan dengan pendekatan@pembelajaran ini secara mudah agar senang di ingat dan di pelajari. | Waalaikumusalam wbk. Berhubung dengan pertanyaan sdr itu, sebenarnya tidak ada kaedah khusus untuk mudah menguasai pelajaran kesusasteraan. Dalam hal ini yang teramat penting ialah bergantung kepada minat yang timbul dalam diri individu dan rajin membaca bahan kesusasteraan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.12.2008 |
apa makna hemat | Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum. | Makna | 07.01.2008 |
Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Soalan : Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap." Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) Soalan : Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 | Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. "Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika." "Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?" Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel. | Ejaan | 31.01.2012 |
|
Puisi |
---|
|
Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 2 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|