Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Ayat yang betul ialah: Para penonton tidak henti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten | Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti. | Makna | 18.03.2008 |
maksud "Berleter" dalam kontek yang tepat. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 31.07.2008 |
Soalannya: Cari kesalahan pada ayat di bawah:- a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar | a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. - betul b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. - betul c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar - penggunaan akan tidak ada kaitan dengan unsur emotif dalam ayat ini | Tatabahasa | 18.04.2011 |
perkataan : terus menerus adakah ada - atau tidak. Terus-menerus atau terus menerus | Perkataan "terus-menerus" ada dalam bahasa Melayu yang bermaksud tidak berhenti-henti atau tidak putus-putus. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk maklumat lanjut. | Ejaan | 24.08.2009 |
Salam sejahtera. Tuan, saya ingin dapatkan bantuan tentang penggunaan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seperti ayat di bawah. Bas yang membawa pekerja kilang itu --------- kerana hampir kehabisan minyak. Penggunaan perkataan tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak tidak sesuai. Boleh atau tidak menggunakan perkataan terhenti-henti? terima kasih | Cadangan kami terhenti-henti. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
|
|