Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah saya menterjrmahkan liveability sebagai kebolehidupan? Kalau tidak boleh apakah terjemahan yang tepat untuk liveability? sekian, terima kasih. Ahmad Hariza | Perkataan live bermaksud hidup. Perkataan liveabiliy(daripada liveable) boleh diterjemahkan sebagai boleh hidup, sesuai didiami atau dapat tahan(bearable, endurable). Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Istilah | 31.03.2009 |
1.apa beza penempatan dengan petempatan? 2.Mengapa imbuhan be bagi kerja dan ter bagi sergam.Bukankah suku kata awalnya ada er? cth:bekerja,tersergam | 1. Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. 2.Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Bagi perkataan tersergam pula, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- maka r dalam awalan ter- tidak gugur. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
|
|